Pages

Wednesday, December 15, 2010

Blog oh Blog

Kenapa aku sebuk mcm org lain nak yang tulis blog jugak?????????


Jawapan nye:

- ye, org lain tu dia punye pasal la kan.. hak masing2.. aku tulis blog sbb aku nk tulis. bkn ko yg nak tulis ok. aku tak pakai computer ko bile nak bertenet (aku pakai laptop en roomate aku bkn en roomate ko), aku tak pakai jari ko tuk menaip, aku tak pakai otak ko tu berfikir, aku tak pakai internet ko bila aku nak surfing... aku tak pakai aper2 pon dr org lain tuk tulis blog aku.... jelas ok... (ehh mcm marah je ni)

-aku ni sgt la bykkkkkkkkkk (lah sangat) masa kat umah. aku SURIRUMAHTANGGA.. so, byk masa kan. anak tido aku leh menaip, sambil2 kain basuh kain lam mesin aku leh menaip jugak, nasik tgh masak kt dapur aku still bole menaip... sambil2 lipat kain yang da mcm gunung merapi kt indon tu aku tetap menaip.. korang ado??? kerja menyambil harus pandai ye kalu nak maju..huahuahuahaaa..

-blog la tempat aku nak kongsi cerita anak, kongsi pengalaman, kongsi mcm2.. kongsi rumah...ehhh no..no..no... dun play2 ok.... kalau berani datang laa... dah macam citer pilih kasih rosyam nor tu.. ehh, aku tak brapa nak suka la citer tu... emmm.. ader skali malam tu aku tertgk..ter ok.. baru 5 min je aku dah tukar citer lain.. sbb nye biarlah rahsia..hahahhaha.. merepek mcm kerepek..

-kat blog jugak la aku meluah kan rasa manis, pahit, tawar, maung(korang taukan maung tu aper..alaaa dia mcm payau2 + maung2) haa paham kan.. masin.. sumua aku luah kt blog... tp xder la semua.. ader benda yg harus di sembunyikan dr hidup ku.. ini untuk kebaikan semua.. hahahha statement artis ko..

- sbb nak dpt duit.. ramai kengkwn.. ramai kenalan... ehhhh..takla..takla... i bukan nak dpt duit tau.. sampai ati u.. wa mukan itu mcm punye olang maaa.. wa tulit ini blog arr..wa mau kasi ini pelasaan selonok, heppy.. suka2 maaa.. wa mau lamai kawan2.. wa tak mau luit punye.. okeh arr..okeh arr..


wehhh..soalan kt atas tu ngan jwpan ni kira ader kena mengena tak nih... kira halal la eh..


kalau tulis karangan / pendapat harus la ader benda yg nak kena simpul kan...

kuih siput simpul: setiap org ader hak untuk menulis.. aper yg di tulis terpulang pada masing2 punye pendapat.. banyak blog2 yg aku suka baca.. kdg2 bila kita jengah blog org lain maybe kita akan dpt idea... bukan meniru ok.. sekadar idea.. kalau ader yg berminat untuk follow silakan.. kalu takder takpe.. kita menulis bukan sbb nak suh org tu follow kan..

sekian..

Sampai hati dia.....

Aku terasa hati ngan en roomate/en somi...

mencik..!!

Tak suka! tak suka!...

abaikan sweet couple yg kt sblh tu buat masa ni..

Petua cik kelemumur dan cik rambut yg gugur

* Kelemumur adalah keadaan di mana kulit kepala yang mati dan kering mengelupas secara berlebihan
* Lapisan permukaan kulit kepala yang normal akan diperbaharui setiap 28 hari
* Dalam keadaan kelemumur, kulit kepala akan tumbuh dengan cepat dan diperbaharui setiap 11 hari
* Pertumbuhan kulat seperti yis yang berlebihan di atas kulit kepala, boleh menyebabkan bertambahnya pembentukan kelemumur
* Kulit kepala gatal dan menggelupas
* Terdapat kelupasan kulit kepala berwarna putih dan berminyak pada rambut, bahu
* Terdapat kelupasan kulit kepala berwarna putih dan berminyak pada pakaian

Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Kelemumur
Jarang bersyampu atau tidak membilas rambut dengan sempurna
Penggunaan penyembur rambut atau gel yang terlalu kerap
Penggunaan pewarna rambut yang tidak betul
Pengeluaran minyak yang berlebihan
Perubahan hormon
Tekanan perasaan
Daya imuniti yang rendah
PETUA Rawatan Moden
Gunakan syampu anti kelemumur atau petua yang sesuai bagi mengatasi masalah rambut anda.

CARA Mencegah Kelemumur
a. Syampu rambut anda dengan kerap sekiranya kulit kepala anda berminyak b. Elakkan penggunaan bahan pendandan rambut secara berlebihan seperti penyembur, gel dan mousse rambut

PETUA TRADISIONAL MELAYU
Sediakan santan kelapa yang telah ditapis
Kemudian di lumurkan di atas kepala perlahan-lahan sambil mengurutkan dia ke seluruh bahagian kepala.
Setelah itu, balut rambut anda dengan tuala yang bersih
Diperap semalaman. Bilas rambut seperti biasa

NOTA: Amalkan petua ini seminggu sekali. Petua ini juga sesuai digunakan untuk rambut gugur dan untuk melebatkan rambut.


Petua Mengatasi Rambut Gugur
Amalkan meminum susu setiap hari kerana rambut terhasil daripada protein keratin. Protein daripada produk tenusu mampu menyokong pertumbuhan rambut. Kebanyakan susu diperkayakan dengan vitamin A. Inilah vitamin penting untuk mengelakkan rambut gugur kerana masalah rambut gugur sebenarnya berpunca daripada kekurangan vitamin A.

to cik kiah yang duk kt sblh umah ni minum susu bebyk ye..hahaha

creadit to Pak Ngah - Farit Ismeth Emir