Pages

Wednesday, March 20, 2013

Sofea kata "cuti lagi"..

Eeee eeehhh background da jd putih eh.. Hahhahahah. Sukati ko la ija. Kejap kejap kelabu kejap putih. Tak tetap pendirian sunggoh. Huh!!

Heeiii!! Pendirian i pada en rumet tetapppppp tau. Wpon rupamu tidak ku kenal, tetapi lobang hidongggg mu thethap menjadi poooojaaan hatiku. Hah hah hah hah..

Minggu depan da start cuti skolah ehh. Dah plan ker nk g memana. Balik kg dah tentu ada dlm list. Khennnn.. Cuti skolah seminggu je, tp dia punya list percutian mcmkan sebulan. Hehehgeee.. Biasa la kalau bg tugas bab2 listkan nk holiday kat mana ni... Haaaaaaa ni ni .. ( sambil tepuk2 dada yg bidang) serah je pada isterimu yg dikasihi.. En abeee sediakan duit je. En isteri sedia perabiskan.. Muahahahhaha.. Dengan mendabik dadanya.. Bahagia..bahagia..

Ehh cepat la dah plan ker??

Ada jugak laaa terbaca2 kt fb wall, ada yg nk ke kuantan la, legoland, ganu kite, mcm2 tempat la yg diorg nk pegi sempena cuti skolah seminggu ni. Aku seronok tgk parents yg amik berat pasal perasaan anak2 bila cuti skolah ni. Tp anak2 kita ni bercuti kt kg pon diorg da happy. Takyah nk obersea sgt. Asal nama nya cuti bwk la g mana2 pon happy je diorg. Mana yg mampu nk ke obersea pegi laa. Kdg2 yg ke obesea ni bkn nya lg 3 ari nk pegi mlm ni booking katerbang. Jarang la yg buat mcm tu. selalunya diorg da booking awal 2 ke 3 bln. Da sampai masa tuk bwk family tgk negara org, baik pegi.

Aku as a parents pon besar hajat nk bwk anak2 melancong luar negara ni. Nk bagi diorg tgk negara org pulak. Sekurang2 nya diorg bole tau kehidupan negara org mcm mana. Insha Allah ada rezeki lebih aku pon nk jejak jugak negara2 yg ada kt dunia ni. Cayokk!! Pray for me :)

Family kecik aku ni pon ada gak merancang nk g bercuti masa cuti skolah nnt. Tp baru merancang.. Allah swt yg tentukan semuanya nnt. Harap2 menjadi. Insha Allah. Aku nk anak2 happy dgn plan ibu yg dikasihi ini. Hahahhahah. Kan da bgtau bab2 plan ni ibu yg akn take over. So yg lenlain ikut je. Jgn byk soal. Tak nk ikut, sila tinggal. Hoooiiihh kuku besi mak ko ni. Jgn melawan ok. Hah hah hah.

Haaaa da pikir mana nk bercuti. malaysia ni byk tempat best2. semua negeri ada tempat percutian nya. pilih la mana yg korang suka.

So, rancang percutian anda dgn baik ye. Mudah mudahan selamat pergi dan selamat balik ke rumah.

Jgn tanya knp aku letak gamba manjang nye belah bwh. Tak paham aku bila update pakai phone dia jd mcm ni. Ikutkan je laaa

Anak bujang yang masam

Cuaca skarang ni tak menentukan. Kejap kang panas, pastu da ptg2 skit nnt ujan pulak. Tp kt puncak alam ni panas semedang. Nk keluar sidai kain tu, pagi2 tgh sejuk2 tu la aku sidai. Da bawak ke pukul 830 tu nnt matahari da memancor2. Hahahha. Pastu sambung tido blk.. Puiiii dasarrrrr!!!

Bila cuaca mcm tu kesihatan pon tunggang tebalik. Jap2 kang mcm nk demam. Pastu kang sakit kepala pulak sampai tak bole nk bangun.. Anak2 pon mcm tu.. Siang punya laaa sihat, da mlm nnt batuk laaa selsema la. Sampaikan si sofea aritu hidungnya berdarah punya la byk. Seram sejuk aku.. Daaaa tak pegi skolah. Ehhh mcm suka je ko kak tak pegi skolah.. Mengadap katun doplohpat jam.

Apa pon bersyukur dgn ikhlas apa yg Allah da tetapkan. Cuaca ke kesihatan ke, semua Dia yg tentukan. Dah syukur rahmat Dia bg kita duduk dgn selesa kat bumi ni. So jgn byk songeh okay!!

Skarang ni aku ngan ank bujang aku tu mmg slalu sgt laaa lancar kan perang dingin. Aper yg dia sakit hati dgn aku ni entah la. Cakap aku tu mcm air lalu je di buatnye. Haram nk dgr. Kalau abah nya ada laaaagggiiiiii laaa peel dia menyentap jiwa aku. Kang dari tak kena rotan, dah kena sedass. Benda yg dia buat tu semua uji kesabaran aku. Owhh anak lelaki ku. Hahahha.. Kasih syg pada abah terchenta lebih dr segala2 nya. "Abah, kau lah Ratu Hatiku. Tiada yg dua".. Ibu???? Pegi main jauh2. Ni abah umar sorang je.

Umur si budak masam ni ( dia marah gila tahap otomen kalau aku panggil dia budak masam hahhaha) br 4 tahun. Lohh kecik lg rupanya. Knp perangai da mcm org tua 40 taun. Bhahhaha.. Bila bercakap tu asyik bg ibu tepanjat je tau. Da mcm atok2 skit. Penah sekali tu aku nk g pasar malam naik motor 4 beranak ni laaa..

Ibu comel: umar, duduk depan skit laa. Tak muat kakak ngan ibu kt belakang ni.

Umar masam: alaaaahhhh da depan dah ni.. Huh!! ( dia kena duk dlm bakul hahhahaha)

Ibu comel: tak muat la dik.. Depan la lg..

Abah ko senyap je tak berkutik pon.

Umar masam: heeiiihhh ibu tinggal laaa.. Tak payah ikut. Tak muat laaa. Bon**t ibu besar sgttttttt...

Leleh aimato ai tau.. Vencikkk. En rumet gelak mcm haper je. 2 beranak ni mmg suka bg aku sentap2 tau. Takpe2 nnt ibu jaga bodi mcm fazuraa br ko tau k. Motip nk fazuraa sgt knp?? Hahahahaha... Eh bukan da ada iras2 ke?
Fazura yg sentap kalau baca ni.. Hehhehe

Banyak lg statement2 yg bole mengundang amarah pada beta oleh 2 org lelaki dlm rumah ini. So, aku kena bergabung tenaga dgn sofea tuk pastikan kami lah raja dlm rumah ini.. Bhahahhahahahhahahahahhahahah ( gelak kena mcm raja) bhahhahahahahaha..

Wpon aku mcm ni.. Tp aku bahagia dgn keluarga aku. Mengeluh sikit2 tu biasa la. Itu tak cukup, ini tak cukup. Takde yg sempurna bg seseorg itu melain kan Allah. Aku happy dgn keluarga kecik aku. Bersederhana, pakai apa yg ada, mkn apa yg ada. Perinsip en rumet.. Bermewahan bkn cara hidup kita. Buat semana yg mampu.

Ini anak bujang saya. Sofea slalu pesan kt adik dia " ibu marah sbb ibu syg kita la adik"..