Pages

Wednesday, March 20, 2013

Sofea kata "cuti lagi"..

Eeee eeehhh background da jd putih eh.. Hahhahahah. Sukati ko la ija. Kejap kejap kelabu kejap putih. Tak tetap pendirian sunggoh. Huh!!

Heeiii!! Pendirian i pada en rumet tetapppppp tau. Wpon rupamu tidak ku kenal, tetapi lobang hidongggg mu thethap menjadi poooojaaan hatiku. Hah hah hah hah..

Minggu depan da start cuti skolah ehh. Dah plan ker nk g memana. Balik kg dah tentu ada dlm list. Khennnn.. Cuti skolah seminggu je, tp dia punya list percutian mcmkan sebulan. Hehehgeee.. Biasa la kalau bg tugas bab2 listkan nk holiday kat mana ni... Haaaaaaa ni ni .. ( sambil tepuk2 dada yg bidang) serah je pada isterimu yg dikasihi.. En abeee sediakan duit je. En isteri sedia perabiskan.. Muahahahhaha.. Dengan mendabik dadanya.. Bahagia..bahagia..

Ehh cepat la dah plan ker??

Ada jugak laaa terbaca2 kt fb wall, ada yg nk ke kuantan la, legoland, ganu kite, mcm2 tempat la yg diorg nk pegi sempena cuti skolah seminggu ni. Aku seronok tgk parents yg amik berat pasal perasaan anak2 bila cuti skolah ni. Tp anak2 kita ni bercuti kt kg pon diorg da happy. Takyah nk obersea sgt. Asal nama nya cuti bwk la g mana2 pon happy je diorg. Mana yg mampu nk ke obersea pegi laa. Kdg2 yg ke obesea ni bkn nya lg 3 ari nk pegi mlm ni booking katerbang. Jarang la yg buat mcm tu. selalunya diorg da booking awal 2 ke 3 bln. Da sampai masa tuk bwk family tgk negara org, baik pegi.

Aku as a parents pon besar hajat nk bwk anak2 melancong luar negara ni. Nk bagi diorg tgk negara org pulak. Sekurang2 nya diorg bole tau kehidupan negara org mcm mana. Insha Allah ada rezeki lebih aku pon nk jejak jugak negara2 yg ada kt dunia ni. Cayokk!! Pray for me :)

Family kecik aku ni pon ada gak merancang nk g bercuti masa cuti skolah nnt. Tp baru merancang.. Allah swt yg tentukan semuanya nnt. Harap2 menjadi. Insha Allah. Aku nk anak2 happy dgn plan ibu yg dikasihi ini. Hahahhahah. Kan da bgtau bab2 plan ni ibu yg akn take over. So yg lenlain ikut je. Jgn byk soal. Tak nk ikut, sila tinggal. Hoooiiihh kuku besi mak ko ni. Jgn melawan ok. Hah hah hah.

Haaaa da pikir mana nk bercuti. malaysia ni byk tempat best2. semua negeri ada tempat percutian nya. pilih la mana yg korang suka.

So, rancang percutian anda dgn baik ye. Mudah mudahan selamat pergi dan selamat balik ke rumah.

Jgn tanya knp aku letak gamba manjang nye belah bwh. Tak paham aku bila update pakai phone dia jd mcm ni. Ikutkan je laaa

Anak bujang yang masam

Cuaca skarang ni tak menentukan. Kejap kang panas, pastu da ptg2 skit nnt ujan pulak. Tp kt puncak alam ni panas semedang. Nk keluar sidai kain tu, pagi2 tgh sejuk2 tu la aku sidai. Da bawak ke pukul 830 tu nnt matahari da memancor2. Hahahha. Pastu sambung tido blk.. Puiiii dasarrrrr!!!

Bila cuaca mcm tu kesihatan pon tunggang tebalik. Jap2 kang mcm nk demam. Pastu kang sakit kepala pulak sampai tak bole nk bangun.. Anak2 pon mcm tu.. Siang punya laaa sihat, da mlm nnt batuk laaa selsema la. Sampaikan si sofea aritu hidungnya berdarah punya la byk. Seram sejuk aku.. Daaaa tak pegi skolah. Ehhh mcm suka je ko kak tak pegi skolah.. Mengadap katun doplohpat jam.

Apa pon bersyukur dgn ikhlas apa yg Allah da tetapkan. Cuaca ke kesihatan ke, semua Dia yg tentukan. Dah syukur rahmat Dia bg kita duduk dgn selesa kat bumi ni. So jgn byk songeh okay!!

Skarang ni aku ngan ank bujang aku tu mmg slalu sgt laaa lancar kan perang dingin. Aper yg dia sakit hati dgn aku ni entah la. Cakap aku tu mcm air lalu je di buatnye. Haram nk dgr. Kalau abah nya ada laaaagggiiiiii laaa peel dia menyentap jiwa aku. Kang dari tak kena rotan, dah kena sedass. Benda yg dia buat tu semua uji kesabaran aku. Owhh anak lelaki ku. Hahahha.. Kasih syg pada abah terchenta lebih dr segala2 nya. "Abah, kau lah Ratu Hatiku. Tiada yg dua".. Ibu???? Pegi main jauh2. Ni abah umar sorang je.

Umur si budak masam ni ( dia marah gila tahap otomen kalau aku panggil dia budak masam hahhaha) br 4 tahun. Lohh kecik lg rupanya. Knp perangai da mcm org tua 40 taun. Bhahhaha.. Bila bercakap tu asyik bg ibu tepanjat je tau. Da mcm atok2 skit. Penah sekali tu aku nk g pasar malam naik motor 4 beranak ni laaa..

Ibu comel: umar, duduk depan skit laa. Tak muat kakak ngan ibu kt belakang ni.

Umar masam: alaaaahhhh da depan dah ni.. Huh!! ( dia kena duk dlm bakul hahhahaha)

Ibu comel: tak muat la dik.. Depan la lg..

Abah ko senyap je tak berkutik pon.

Umar masam: heeiiihhh ibu tinggal laaa.. Tak payah ikut. Tak muat laaa. Bon**t ibu besar sgttttttt...

Leleh aimato ai tau.. Vencikkk. En rumet gelak mcm haper je. 2 beranak ni mmg suka bg aku sentap2 tau. Takpe2 nnt ibu jaga bodi mcm fazuraa br ko tau k. Motip nk fazuraa sgt knp?? Hahahahaha... Eh bukan da ada iras2 ke?
Fazura yg sentap kalau baca ni.. Hehhehe

Banyak lg statement2 yg bole mengundang amarah pada beta oleh 2 org lelaki dlm rumah ini. So, aku kena bergabung tenaga dgn sofea tuk pastikan kami lah raja dlm rumah ini.. Bhahahhahahahhahahahahhahahah ( gelak kena mcm raja) bhahhahahahahaha..

Wpon aku mcm ni.. Tp aku bahagia dgn keluarga aku. Mengeluh sikit2 tu biasa la. Itu tak cukup, ini tak cukup. Takde yg sempurna bg seseorg itu melain kan Allah. Aku happy dgn keluarga kecik aku. Bersederhana, pakai apa yg ada, mkn apa yg ada. Perinsip en rumet.. Bermewahan bkn cara hidup kita. Buat semana yg mampu.

Ini anak bujang saya. Sofea slalu pesan kt adik dia " ibu marah sbb ibu syg kita la adik"..

Monday, March 18, 2013

Wanita hari ini

Haritu kann.. Aritu kan... Arituuuuuuu kan... Kihkihkuhkuh. Haaaaaaa takde citer sbnrnye tp nk citer jugakkkkkk!!!

Ni citer stok seminggu ni tp di rengkas kan ye. Padahall... Hahahhahah. Tahun lps aku duk bahau kg ku yg terchenta kan kan kan... Tahun ni 2013 aku duk kt puncak alam pulak kan kan kan.. Ade yg kesah ke???? Huihuihuihui... Nampak sgt takder bhan nk citer ni..

K laaaaa... Citer psl diri seniri mulehh kerr???

Aku ni penah bekerja n now da sepenuh masa kt rumah.. Nak kata byk beza tu tak laa. Kalau kita bekerja sekurang2 nya kita dpt membantu kewangan syarikat... Ehhh keluarga. Ape ada kisah aku nk bantu kewangan syarikat kan.. Harus la diri kita dan keluarga.. Syarikat untung pon aku dpt gaji je.. Gitewww.. Ni citer dolu2 okay. Usah dikenang perkara yg lepas. Hahhahhaha..

Masa keja dulu kerja tetap keja, hal rumahtangga kena uruskan jugak. Sblm tu ni nk bgtau kang kok ada yg terasa bagai. Ini kisah pengalaman aku. Bkn prngalaman korang. So, aku citer berdasarkan apa yg aku lalui as a pekerja di sebuah syarikat n suri rumah now ok. No heart feeling... Aku keja 830 pg sampai 530 ptg. Anak2 anta nurseri start kul 630pg sbb aku kena g keja awaaaalllll sbb duk pedalaman.. Hahahha. No problem tu small metters sbb ade tu lg awal dr aku. Makna nye subuh gelap da kluar kan. Siap satu hari keja kt opis 530 ptg blk. Biasanya 6-630 br keluar dr opis sbb aku tunggu en rumet abis keja. Memandangkan aku duk pedalaman so perjalanan tu agak lama sbb ditambah jam yg menggila.

Biasanya 730 -745 br sampai taska anak. Kena bayar ot ko. Hahhaha hebat! Sampai rumah aku terkejar nk masak mandi, kemas rumah sikit yg aku tinggalkan pg td. Da siap makan, kemas baju budak2 tuk ke taska. Kdg2 aku penat esk pg nye br aku siap kan. Malas + penat. Kul 12 br aku bleh lelap. Esk start se awal pg semula.

Kat opis aku tak kan pikir aper yg jd kt rumah. Berkecah ke ko. Baju bertimbun ke. Tak basuh ker tak lipat ker, lantakkkk.. En rumet pon diam je. Dia pon penat. Ujung minggu br aku hadapkan rumah n kain segala tu. nk rehat pon kena curik2 skit. Hehhehehe. Bg yg ada maid, kerja jd ringan skit. Biasanya yg amik maid ni anak da lebih dr 3. Ataupon yg jenis keja rak menentu. Otstesen sana sini. Takpon jenis keja seniri. Sbb pd aku semua org yg bekerja da mampu tuk amik maid ni. So takde nk kata dia kaya boleeee la amik maid.. Plsss open ur mind ok. Jgn nk sempit sgt.

Skarang ni aku da jd housewife iaitu menguruskan rumahtangga yg merangkumi semua yg ada dlm rumah dr ruangtamu, dapur, segala bilik, bilik air, laman depan belakang, suami n anak2. Haaaa amik kau. Itu lah pejabat saya. Ramai ckp "ko senang laaaa duk rumah je" yes ayat tu aku penah ckp jugak masa aku keja duluuuuuuu. Tp br aku tau hebat tak hebatnye surirumah ni. Bila ko da jd surirumah tanggunjwb ko sgt2 besar pd suami, anak2 n rumah. Aku tak kata kalau ko keja ko tak hebat. Ko takde tanggungjwb. Takkk aku takk ckp ok. Sbb aku penah bekerja. Bila ko bekerja, 8 jam pemikiran ko ada di pejabat. 4 jam lg ko kt rumah. Makna nye kita sempat tak pikir apa yg berlaku di rumah. Bila sampai dpn pintu br ko pikir rumah ko sepah laaa. Kang nk mkn apa laaa..

Bila aku da jd surirumah ni prmikiran aku doplohpat jam dlm rumah. Masa tido pon aku akn pikir apa aku nk buat bgn pg sok. Nk bg anak2 mkn apa pg nnt sblm g skolah. Kang tgh hari nk masak apa bila anak da blk skolah. Malam kang suami nk mkn apa bila blk keja. Kluar rumah 3 4 kali anta anak pegi blk skolah. Nnt nk kena basuh kain. Nk lipat kain. Nk kemas bilik2 yg ada dlm rumah ni. Nk kemas dapur sbb mlm td penat sgt tak sempat nk kemas. Ruang tamu mcm haper budak2 main mlm td. Kang nk ajar ank2 buat keja skolah. Siapkan brg2 nk g skolah. Ehhh depan garaj tu tak kemas lg kang en rumet blk bising basikal sepah2. Keja kt rumah mmg tak abis. Series tak abis. Ada je benda nk kena buat. untung nye surirumah sambil buat keja bole tgk tv. penat skit kang bole tido selelap. itu la kelebihan nye. mmg keja kt dlm rumah tak penah selesai. kdg2 aku rasa mcm nk keja blk sbb tak larat nk pikir benda yg sama ari2. biasa la manusia tak penah puas dgn apa yg dia ada n dia buat. masa keja dulu sibuk nk duk rumah sbb tak larat penat pikir hal keja plus hal rumah. Tp........... Bila da jd surirumah ni kena la bijak aturkan aper yg nk di buat dulu. Apa pon yg kita buat kena ikhlas. Nak bekerja ker nk jd surirumah ke semuanya kena dr hati. Kita manusia ni sibuk nk cari kepuasan. Tp tak gak puas2. Lumrah manusia.

Ayat2 yg biasa aku dgr utk surirumah..

- ko takpe laaa boleh rehat2 sambil buat keja.
-ko bole la masak tiap2 hari sbb suri rumah.
-ko bole la anta ank ko g skolah sbb surirumah
-ko bole laaaaa...
-ko bole laaaaa..

Ye surirumah semua dia bole... Hehehhehehehhehee

So, pada aku berkerja dgn tak bekerja sama2 hebat. Ada kelebihan dgn kekurangan nye. Tak semua wanita kerjaya mampu apa yg surirumah bole buat. Dan tak semua surirumah mampu buat mcm yg wanita kerjaya buat. Kat situ kita da nampak wanita ni hebat!!! Diorg sentiasa nk yg terbaik utk family. Diaorg penat takpe.. Janji keluarga bahagia n happy..

Topik terpesong ehhhh.. Lantakkkkk!!!!
Salam 1 malaysia n bai..

Anak2 yg happy!!!