Pages

Monday, September 23, 2013

Rajin yg tak berapa sgt


Salam isnin.. Pagi ni bangun lambat bg org2 yg mcm aku yg nk kena siapkan rakyat jelata dlm rumah ni pegi skolah ngan keja.. Meleleh2 peluh aku pagi ni. Kejut sofea punya la susah nk bangun sbb smlm tido lambat. Main apa ntah dlm bilik dia ngan umar. Nak je aku heret kaki dia masuk blk air. Hoh!! Penatttt kalau buat keja terkejar2 ni.

Ok.. Bertenang2 ye... 

Ramai yg.........
Kalau ari isnin ada satu perasaan malas yg membuak2 sbb da 2 hari cuti. Da 2 hari dapat sambong tido lps subuh santak ke tengahari. Takyah nak breakfast sbb lunch terus lg senang..  


Lepas ni takyah la malas2 lg ehh.. Mulakan hari isnin dgn senyuman dan selawat ke atas Nabi junjungan kita ok.

Baru2 ni ada terlebih rajin sikit. Tapi tak la rajin sgt. Cuma nk try buat sendiri apa rasanya. Haaa gittew.

Aku ada tgk along aku buat kek coklat kukus. Mcm senang dan nampak best. So try mintak resepi kt dia. Skali tgk bahannya tak semua ada kt dlm gobok. Tp aku try jugak buat guna bahan yg ada.. 

Ini guna resepi ikut sempat aku. So nk bgtau dgn tepat sukatan2 dia aku mintak mahap k. Ni pon aku try2 je. Tp alhamdulillah jadik..

Bahan A
1cup gula perang
1cup serbuk koko ( ikut suka nk pakai jenis yg camner)
1cup minyak masak
1cup susu full cream ( yg sejuk)
1/2 cup susu pekat

Bahan B 
1cup tepung gandum
1/4 cup tepung serbuk penaik (self raising flour. Dlm resepi 1tsp serbuk penaik. )
1tsp serbuk bikarbonat

Bahan C
Telor 3 bijik
1tsp essen vanilla

Bahan A ---- masak sampai likat..
Bahan B ---- campur semua tepung tu ( kalau rajin, ayak. Aku malas)
Bahan C - pukul sampai mesra

Bahan A + Bahan C ---- kacau sampai betul mesra sebati 
Masukkan bahan B sikit2 n kacau sampai nampak da takde ketul2. 
Masukkan dlm bekas tupperware / loyang yg nk di kukus. Panas kan kukusan tu dulu baru masukkan bekas. 
Tunggu dlm 15-20 min. Siap

Topping
1cup serbuk koko
1cup susu pekat ( bole kurangkan kalo taknk manis sgt)
1/2 cup susu full cream ( lebihkan pon takpe. Ikut suka)
Masak atas api sampai pekat..





Ikut suka nk hias mcm mana.. Da 3 ari dlm peti ais still lagi lembut.