Pages

Wednesday, December 15, 2010

Petua cik kelemumur dan cik rambut yg gugur

* Kelemumur adalah keadaan di mana kulit kepala yang mati dan kering mengelupas secara berlebihan
* Lapisan permukaan kulit kepala yang normal akan diperbaharui setiap 28 hari
* Dalam keadaan kelemumur, kulit kepala akan tumbuh dengan cepat dan diperbaharui setiap 11 hari
* Pertumbuhan kulat seperti yis yang berlebihan di atas kulit kepala, boleh menyebabkan bertambahnya pembentukan kelemumur
* Kulit kepala gatal dan menggelupas
* Terdapat kelupasan kulit kepala berwarna putih dan berminyak pada rambut, bahu
* Terdapat kelupasan kulit kepala berwarna putih dan berminyak pada pakaian

Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Kelemumur
Jarang bersyampu atau tidak membilas rambut dengan sempurna
Penggunaan penyembur rambut atau gel yang terlalu kerap
Penggunaan pewarna rambut yang tidak betul
Pengeluaran minyak yang berlebihan
Perubahan hormon
Tekanan perasaan
Daya imuniti yang rendah
PETUA Rawatan Moden
Gunakan syampu anti kelemumur atau petua yang sesuai bagi mengatasi masalah rambut anda.

CARA Mencegah Kelemumur
a. Syampu rambut anda dengan kerap sekiranya kulit kepala anda berminyak b. Elakkan penggunaan bahan pendandan rambut secara berlebihan seperti penyembur, gel dan mousse rambut

PETUA TRADISIONAL MELAYU
Sediakan santan kelapa yang telah ditapis
Kemudian di lumurkan di atas kepala perlahan-lahan sambil mengurutkan dia ke seluruh bahagian kepala.
Setelah itu, balut rambut anda dengan tuala yang bersih
Diperap semalaman. Bilas rambut seperti biasa

NOTA: Amalkan petua ini seminggu sekali. Petua ini juga sesuai digunakan untuk rambut gugur dan untuk melebatkan rambut.


Petua Mengatasi Rambut Gugur
Amalkan meminum susu setiap hari kerana rambut terhasil daripada protein keratin. Protein daripada produk tenusu mampu menyokong pertumbuhan rambut. Kebanyakan susu diperkayakan dengan vitamin A. Inilah vitamin penting untuk mengelakkan rambut gugur kerana masalah rambut gugur sebenarnya berpunca daripada kekurangan vitamin A.

to cik kiah yang duk kt sblh umah ni minum susu bebyk ye..hahaha

creadit to Pak Ngah - Farit Ismeth Emir

No comments:

Post a Comment